Aku memang fail sabjek masak-memasak ni. Kalau bab makan memakan 110% lulus cemerlang. Bercakap pasal masak ni, aritu aku pegi Penang, saja meronda-ronda bersama kakak, adik laki dengan bonda aku. Satu hari berjalan , destinasi kitorang dari pagi sampai petang asyik pergi tempat makan dari kedai rojak tonggek sampai lah nasi kandar line clear 24 jam tu.
Balik rumah dah kenyang tapi anak kakak aku, umur lebih kurang nak masuk 3 tahun tiba-tiba "mama keemi nak makan kek kecik-kecik tu mama" nangis-nangis nak makan. Penat kot nak keluar balik lepas satu hari meronda. Dah la kedai kek agak jauh.Kakak aku pun cakap la " esok kita beli, hari ni kedai tutup la keemi". Anak moden ni bukan nak dengar cakap " mama masyakla keemi tolong mama ye..mama masyakla" sambil tarik-tarik tangan kakak aku suruh pegi dapur. Nak harap aku, harapan tinggal harapan je lah (lagi aku buat-buat tidur adala)hahaha.
Kakak aku ni chef so segala bende nak buat kek ke, piza ke, roti canai ke,memang ada je stok, standby kot-kot emergency macamni agaknya.Disebabkan anak die nak jugak kek kecik tu, kakak aku pun tak sampai hati tak buat. Berdentung dentang jugakla dua beranak tu kat dapur. Aku pun tengokla apa yang bising kat dapur tu, sekali anak die nak buat kek.Tak bagi kakak aku guna machine tu. Layan jugak tengok dorang kat dapur ni.
Tengah syok-syok layan diorang, tiba-tiba dengar suara mak aku. " Ha macam ni lah nenek suka esok kalau kawen senang bini kat rumah,jangan jadi macam makcik kamu ni ha, dari dulu sampai sekarang tak reti masak,suruh masak je hilang,suruh masak je nak pegi kedai la, nak basuh kain la ,ada je alasan ". Aduyai..kena sedas. Kalau cerita bab masak je mesti aku selalu kena attack ( dah biasa kena dah lali..hehehe).Bukan tak reti la mak..kurang pandai je. Azam aku mulai saat ini, nak kene cari laki keje chef ni.Senang skit nanti..
Satu video proses membuat kek kecik tu bersama our little chef.
http://www.facebook.com/#!/video/video.php?v=1809641963154
Inilah orang yang nangis nak makan kecik tu (ingatkan ape rupanya muffin)
Inilah orang yang nangis nak makan kecik tu (ingatkan ape rupanya muffin)
Si kenit yang sebok nak masak.
****If people take the trouble to cook, I should take the trouble to eat****
ok ,,sila belajar masak...leh masuk masterchef nanti hehhe
ReplyDeletehahahhah...nak masuk masterchef tp nak jadi judges je ..bole makan....heheheh
ReplyDelete