PENUKANG CERITA KARUT

My photo
Ulu Klang
A simple person with simple life..love beach and outdoor.. watermelon is my favorite fruit. Exercise is easy. Changing my eating is hard. I love, love, love to eat. My fitness goal is to run a 15K in 1 hour..tapi lari 10km pun da penat rase nak tercabut kaki ...
Showing posts with label Fikiran compang camping. Show all posts
Showing posts with label Fikiran compang camping. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Kepercayaan.

Never tell your problems to anyone

20% don't care ,
& the other 80% are glad you have them .

Fear can only grow in darkness.
Don't be afraid of the dark.
Always have faith and trust in Allah and everything will be alright.

Saturday, January 21, 2012

Fikiran compang camping : Celaru

Hari ini

Sabtu, 21/1/2012, jam 4.30 petang aku berasa sungguh bercelaru.
Celaru ku celaru.

Friday, January 20, 2012

Fikiran compang camping : Interview

Dipanggil untuk menghadiri interview dekat Fairview International School. Dekat 1 jam di interview bajet dia interview aku untuk post yang aku apply dekat jobstreet tu (HR je) tapi soalan interview macam tak kena je. Tapi aku selamba je cam biasa ( mungkin taktik orang menginterview memang camtu kot). Sebelum balik tiba-tiba dia bagitau , after viewing your resume i think u suit to be my site supervisor but i still have a few candidates to be interviewed( tak pulak tau sekolah ni ader buat construction project). Cam hampeh pesal la tak cakap. Ntah ape je lah aku jawab soalan die tadi. Menunggu result interview ni minggu depan. Harap-harap sukses..sukses!!!!.Amin.

Thursday, January 19, 2012

Fikiran compang camping : Thinking of a better future

When it comes to the future, there are three kinds of people:
  1. Those who let it happen,
  2. Those who make it happen,
  3. and those who wonder what happened.
And i'm the people who wonder what happened. A lot of things blew up my mind. I want to learn how to blow shit up with my mind. I just wanna be the person " who make it happen" and i found out it was really hard. It's not easy to be a person who "walk the talk".All I am hoping rite now is to be able to work. I think my best work is still ahead of me and all that I have been through in the last several years have only made me a better person.

Thursday, January 12, 2012

Bukan Feveret : Masak


Aku memang fail sabjek masak-memasak ni. Kalau bab makan memakan 110% lulus cemerlang. Bercakap pasal masak ni, aritu aku pegi Penang, saja meronda-ronda bersama kakak, adik laki dengan bonda aku. Satu hari berjalan , destinasi kitorang dari pagi sampai petang asyik pergi tempat makan dari kedai rojak tonggek sampai lah nasi kandar line clear 24 jam tu.

Balik rumah dah kenyang tapi anak kakak aku, umur lebih kurang nak masuk 3 tahun tiba-tiba "mama keemi nak makan kek kecik-kecik tu mama" nangis-nangis nak makan. Penat kot nak keluar balik lepas satu hari meronda. Dah la kedai kek agak jauh.Kakak aku pun cakap la " esok kita beli, hari ni kedai tutup la keemi". Anak moden ni bukan nak dengar cakap " mama masyakla keemi tolong mama ye..mama masyakla" sambil tarik-tarik tangan kakak aku suruh pegi dapur. Nak harap aku, harapan tinggal harapan je lah (lagi aku buat-buat tidur adala)hahaha.


Kakak aku ni chef so segala bende nak buat kek ke, piza ke, roti canai ke,memang ada je stok, standby kot-kot emergency macamni agaknya.Disebabkan anak die nak jugak kek kecik tu, kakak aku pun tak sampai hati tak buat. Berdentung dentang jugakla dua beranak tu kat dapur. Aku pun tengokla apa yang bising kat dapur tu, sekali anak die nak buat kek.Tak bagi kakak aku guna machine tu. Layan jugak tengok dorang kat dapur ni.


Tengah syok-syok layan diorang, tiba-tiba dengar suara mak aku. " Ha macam ni lah nenek suka esok kalau kawen senang bini kat rumah,jangan jadi macam makcik kamu ni ha, dari dulu sampai sekarang tak reti masak,suruh masak je hilang,suruh masak je nak pegi kedai la, nak basuh kain la ,ada je alasan ". Aduyai..kena sedas. Kalau cerita bab masak je mesti aku selalu kena attack ( dah biasa kena dah lali..hehehe).Bukan tak reti la mak..kurang pandai je. Azam aku mulai saat ini, nak kene cari laki keje chef ni.Senang skit nanti..


Satu video proses membuat kek kecik tu bersama our little chef.

http://www.facebook.com/#!/video/video.php?v=1809641963154

Inilah orang yang nangis nak makan kecik tu (ingatkan ape rupanya muffin)


Si kenit yang sebok nak masak.


****If people take the trouble to cook, I should take the trouble to eat****

Wednesday, January 11, 2012

Fikiran compang camping : Hopeless

Am i running away from something that i don't want? Or running away from something i'm afraid to want?I don't know what I want rite now. I don't even know what I want in my life. All i know is the only thing standing between me and total happiness is reality.In reality, I'm slowly losing my mind. So,I'm just thinking about how much I don't want my life to be like this.


***Regrets are a waste of time***

Sunday, January 8, 2012

Fikiran compang camping : Kusut!!!

Kusut je fikiran aku sekarang tak menyusut sikit pun kekusutan ni. Orang kata ,you're born, you die, and in between you make a lot of kusut masai things sampai this kusut masai that happened in our life seems to be the worst ever.
Feel like.Stop the world I wanna get off!!!!!

Kusut masai ni maksud dia macam-macam bukan setakat strong emotion aje, its regret, frustration, isolation, a choice, and sometimes even a form of protection. So,untuk megurangkan diri jadi lebih kusut u can just choose the right music and live your life. Life is like music and music is what life sounds like.Muzik jugak boleh dikatakan the medicine of mind (untuk orang yang suke dengar lagu macam aku ni lah) sesetengah orang tu,dengar lagu pun dah serabut rase nak pelangkung orang je.Untuk orang yang macam ni carilah kesukaan masing-masing ye untuk mengurangkan kekusutan anda.

***Mode : Tengah kusut sambil menulis sambil dengar lagu******

Fikiran compang camping : Kawan!Rakan!Sahabat! Friends N friendship..

Tetibe nak menulis pasal mende ni.
Boleh dikatakan semua orang dekat dalam dunia ni hidup berkawan-kawan.
Tapi dalam berpuluh-puluh,ratus-ratus dan ribu-ribu kawan yang kita ada tak semuanya "kawan" yang betul-betul kawan. Sebab ada banyak jenis kawan..antaranya
  • Kawan yang tak berapa nak sekawan (ni jenis lalang la ni tolak sana pegi sana tolak sini pegi sini boleh jugak dipanggil talam bermuka-muka la)

  • Kawan baik sangat lepas tu jadi lawan yang best sangat (yang ni biasanya suka tikam dan tembak kawan dari belakang sebab susah sikit nak cam muka dia...kalau tikam/tembak depan-depan kantoi la pulak).

  • Kawan baik ( yang type ni waktu senang dia ada..susah pun ada.Tapi kalau waktu susah dia ada untuk dengar cerita dan adakalanya akan tolong tapi ikut mood dia.Okeyla at least boleh kurangkan problem yang ada.)

  • Kawan yang sejati ( susah senang sama-sama walaupun dia susah tapi still nak tolong jugak.Kawan yang macam ni susah sikit nak dicari.)
Aku pun tak tahu aku dalam kategori mana.Sebab aku tak boleh menilaikan diri aku sendiri.
Hanya seorang kawan yang boleh menilai kawan yang lain.Aku pun tak faham kenapa tiba-tiba nak menulis pasal mende ni.Mungkin lagi meningkat ke arah dewasa lagi banyak perangai kawan yang kita boleh jumpa. Yelah dulu masa kecik-kecik kawan je dengan semua orang.Tak pernah pulak terfikir yang orang benci ke,suka ke kawan dengan kita.Aci kawan je.

Melangkah masuk ke alam dewasa banyak pulak masalah antara kawan dengan kawan dan yang sekawan dengannya. Banyak sebab mungkin aku boleh bagi contoh kot.

Sebagai 1 contoh..

Jsut c tihs msg.evrey splleing of tihs msg is wrnog.

Btu sitll yuo can raed it wihtuot ayn mitsake =)

If you have a true relationship between your friends
Ignore mistakes of others and understand them easily.(nak ignore mistake orang memang susah la nak buat apatah lagi nak buat-buat faham.)

Tapi every people make a mistake termasuklah kita jugak .Kita selalu tengok kesalahan orang je tapi kadang-kadang kita pun salah jugak sebab everyone of us is not a perfect person and every mistake that we do is a lesson learned.Cuba maafkan kawan-kawan kita sebab adakalanya dia pun mungkin tak perasan apa yang dia buat itu adalah salah.What goes around comes around sebab kalau satu hari kita berada di tempat dia mungkin dia akan memafkan kita jugak kot (mesti ada positive thinking buat baik di balas baik).Tapi kalau dia memang betul-betul bersalah pun maafkan aje sebab dia tak reti nak menghargai orang lain anggap je otak dia tak berapa function tak macam otak kita yang genius ni (dalam erti kata lain buat apa nak tiru orang yang tak cerdik kan kalau kita ikut dia maknanya kita pun sama tak cerdik@bodoh macam dia senang cerita).

Tapi kebiasaanya orang susah sikit nak maafkan golongan yang kawan makan kawan ni.Yelah dahla tembak kita bertubi-tubi ,mestilah bengang.Senang cerita, maafkan aje dia, takut kita pun dalam tak sedar ada buat salah dengan dia jugak nanti kalau tiba-tiba Tuhan ambil nyawa tak sempat nak mintak maaf.Dia punya hal antara dia dengan Tuhan.Lagi satu bila dah terkena dengan orang yang macam ni anggap je benda ni ada hikmah, maknanya kita dah boleh kenal dengan orang-orang yang spesis suka menembak dan menikam tak tentu hala ni.So,sebelum terkena untuk kali ke-2 dah boleh lari jauh-jauh.

So untuk kawan-kawan ,rakan-rakan dan sahabat-sahabat aku di mana sahaja anda berada tak kisah lah anda dalam kawan kategori manapun aku amat menghargai kamu semua.

*** REMEMBER: WHATEVER HAPPENS, HAPPENS FOR A REASON***
Things don't happen for no reason, they happen to teach you something.