Some people have lives...
Some people have music....
Just want to live like musicccc...
Music is my morning milo and roti canai.
And Good song is like a good meal...
*I'm craving for roti canai in the middle of da nite*
Hasil dari otak genius yang sinonim dengan aksi gelabah,mengarut,sengal dan sewaktu dengannyer!!!
PENUKANG CERITA KARUT
- sanibijak.......
- Ulu Klang
- A simple person with simple life..love beach and outdoor.. watermelon is my favorite fruit. Exercise is easy. Changing my eating is hard. I love, love, love to eat. My fitness goal is to run a 15K in 1 hour..tapi lari 10km pun da penat rase nak tercabut kaki ...
Saturday, September 1, 2012
Friday, August 31, 2012
Merdeka
Bebaskan dirimu wahai insan...
Pergilah kepada Tuhan...
Berhadaplah ke hadapan...
Jangan berpaling ke belakang...
Kerana tiada apa-apa di belakang...
Yang ada hanyalah bayang-bayang...
Jangan kamu berbimbang-bimbang dengan bayang-bayang...
Kerana itu tempat pengzahiran Tuhan...
Barangmana kamu berhadap,
di sanalah "wajah" Allah...
Tuhan, Seru sekelian alam...

NUR, MATA HATI DAN HATI
NUR-NUR ILAHI ADALAH KENDERAAN HATI DAN RAHSIA HATI. NUR ITU IALAH TENTERA HATI, SEBAGAIMANA KEGELAPAN ADALAH TENTERA NAFSU. JIKA ALLAH S.W.T MAHU MENOLONG HAMBA-NYA MAKA DIBANTU DENGAN TENTERA ANWAR (NUR-NUR) DAN DIHENTIKAN BEKALAN KEGELAPAN. NUR ITU BAGINYA MENERANGI (MEMBUKA TUTUPAN), MATA HATI ITU BAGINYA MENGHAKIMKAN DAN HATI ITU BAGINYA MENGHADAP ATAU MEMBELAKANG.
Wednesday, August 29, 2012
Heroes
Someone asked..
Who is your hero?
Me: My heroes are and were my parents. I can't see having anyone else as my heroes.
Their strength and love has guided me and has given me wings to fly.......
Who is your hero?
Me: My heroes are and were my parents. I can't see having anyone else as my heroes.
Their strength and love has guided me and has given me wings to fly.......
Penat
Rasa Mau cuti.....
Kepenatan yang berada ditahap infinity..
Holiday are the best but too much of work, and no vacation, ...
Sangat best keje siniiii.....bos sayang Sangat kat aku agaknya sampai susah betul nak approve cuti...
Sunday, March 25, 2012
Suasana baru
Da nak masuk dua bulan aku bekerja di tempat baru. Busy giler sampai da lama x bukak blog..
Suasana baru , kawan baru, semua baru.
Penat + stress hari-hari aku hadapi sebab zero knowledge.
Terasa macam kerdil giler apabila meeting bersama Ir, Ar dan yang sekutu dengannya.
Mulai saat ini aku akan jadi ulat buku.
Mulai saat ni aku akan suka semua yang melibatkan nombor juga calculation.
Susah rupanya menjadi engineer..ape lagi Ir...
Saturday, February 25, 2012
Pelupa!!!
Aku menjadi seorang pelupa lagi....
Phone tinggal kat rumahhh......
penggunaan phone memang sangat diperlukan 110% sekrang ni..
aku berada di tahap kritikal..mau kene marah ngan bos plak ni...
mode : keje ari sabtu memang camni.
Friday, January 27, 2012
Kerja baru! Kerja!
Huh.. great relief..Alhamdulillah. Harap-harap yang ni last and no more interviews.
Kepada mak & pak , thank you for your support and prayers.
Kepada yang bergelar kawan-kawan, thank you for wishing me good luck.
Tetiba rasa nak share satu soalan interview yang aku tak tau nak jawab ape. Masa tu aku tersangat blur. Padahal soalan dia biase je.
Kepada mak & pak , thank you for your support and prayers.
Kepada yang bergelar kawan-kawan, thank you for wishing me good luck.
Hope you guys also have a good day!
Tetiba rasa nak share satu soalan interview yang aku tak tau nak jawab ape. Masa tu aku tersangat blur. Padahal soalan dia biase je.
Soalan die berbentuk ‘Where do you see yourself in five years?’
Jawapan aku : If i can get this job by today, there would be my fifth year career anniversary with this company ( tak tao lah dia judge aku camne tapi yang penting aku jawab semua soalan die walaupun jawapan yang aku bagi x bernas langsung).
Kepercayaan.
Never tell your problems to anyone
20% don't care ,
& the other 80% are glad you have them .
Fear can only grow in darkness.
Don't be afraid of the dark.
Always have faith and trust in Allah and everything will be alright.
Thursday, January 26, 2012
Token to my parents.
I don't always and don't know how to show it. But i do appreciate how much the both of you have helped me with my miserable life, and you were there to catch me when i fall, be beside me when i cried and stand with me when i seek an advice.Thank you for always being there and knowing just what to do.
Praying for my happiness and given me all of the things that have gotten me here i'm thankful for that. If i was damned of body and soul, i know whose prayers would make me whole. Thank you for being my constant support when i didn't think I could cope.The word " i love you" seem too few to express. Thank you for being the best parents a daughter could ever wish for. I love you with all my heart today and forever more.
Wednesday, January 25, 2012
Bukan Feveret : Lenggok Sastera
Aku bukan berjiwa sastera juga berjiwa sentimental . Kelampian aku bercakap dengan orang yang berjiwa sastera dan sentimental ni menghasilkan output yang berbentuk gelombang tsunami. Nampaknya kena masuk sekolah balik ni.
Saturday, January 21, 2012
Fikiran compang camping : Celaru
Hari ini
Sabtu, 21/1/2012, jam 4.30 petang aku berasa sungguh bercelaru.
Celaru ku celaru.
Friday, January 20, 2012
Fikiran compang camping : Interview
Dipanggil untuk menghadiri interview dekat Fairview International School. Dekat 1 jam di interview bajet dia interview aku untuk post yang aku apply dekat jobstreet tu (HR je) tapi soalan interview macam tak kena je. Tapi aku selamba je cam biasa ( mungkin taktik orang menginterview memang camtu kot). Sebelum balik tiba-tiba dia bagitau , after viewing your resume i think u suit to be my site supervisor but i still have a few candidates to be interviewed( tak pulak tau sekolah ni ader buat construction project). Cam hampeh pesal la tak cakap. Ntah ape je lah aku jawab soalan die tadi. Menunggu result interview ni minggu depan. Harap-harap sukses..sukses!!!!.Amin.
Thursday, January 19, 2012
Fikiran compang camping : Thinking of a better future
When it comes to the future, there are three kinds of people:
- Those who let it happen,
- Those who make it happen,
- and those who wonder what happened.
And i'm the people who wonder what happened. A lot of things blew up my mind. I want to learn how to blow shit up with my mind. I just wanna be the person " who make it happen" and i found out it was really hard. It's not easy to be a person who "walk the talk".All I am hoping rite now is to be able to work. I think my best work is still ahead of me and all that I have been through in the last several years have only made me a better person.
Wednesday, January 18, 2012
Feveret : Kesukaan yang pelik.
Minggu lepas aku ditegur housemate merangkap roommate aku.
H-mate : Weh aku dah bosan dengar lagu tu.Aku raser dah seminggu ni asyik lagu tu je kau pasang, tak jemu ke weh?
Aku : ok je. sedap je lagu ni. Sampai ko pun nyanyi sekali.
H-mate : Memang la sedap tapi aku pelikla dengan ko ni.
Aku : Nape?
H-mate : Ye lah, ko ni kalau suka satu lagu ..Lagu tu la yang kau pasang ari-ari dari pagi sampai malam. Bukan tu je, tengok muvie pun camtu, ulang muvie tu sampai aku pun boleh tau
jalan citer dia.
Aku : ye ke macam tu.
H-mate : Ye lah . Aku dah bertahun lamer perasan. Kau je tak perasan.
Aku rasa biasa je. Tapi dia cakap aku pelik. Tapi bila tengok balik betul jugak dia cakap . Satu lagu tu la, yang aku pasang dari pagi sampai malam dan aku putar-putarkan selama seminggu.Sampai dia dah boleh hafal lah lirik lagu tu( lagu korea kot). Aku memang camni, kalau suka satu mende aku akan belek, dengar ,baca ulang-ulang sampai aku jemu, pastu sampai otak pun da tak boleh nak terima lagi. Lepas jemu tahap gaban aku terus tak usik dah. Seminggu tu kira ok la..ade sampai sebulan lagu yang same aku ulang hari-hari ( mesti diorang saket telinga ..hahaha).
Adakah kesukaan aku ni dikategorikan pelik @melampau?
Mungkinlah kot, sampai dah kena tegur lagi.Tapi cam susah je nak ubah.Lepas ni gerenti earphone melekat kat telinga 24 jam, so die taklah boleh dengar lagu aku ( mau aku ulang sampai setahun plak pas ni).
Thursday, January 12, 2012
Bukan Feveret : Masak
Aku memang fail sabjek masak-memasak ni. Kalau bab makan memakan 110% lulus cemerlang. Bercakap pasal masak ni, aritu aku pegi Penang, saja meronda-ronda bersama kakak, adik laki dengan bonda aku. Satu hari berjalan , destinasi kitorang dari pagi sampai petang asyik pergi tempat makan dari kedai rojak tonggek sampai lah nasi kandar line clear 24 jam tu.
Balik rumah dah kenyang tapi anak kakak aku, umur lebih kurang nak masuk 3 tahun tiba-tiba "mama keemi nak makan kek kecik-kecik tu mama" nangis-nangis nak makan. Penat kot nak keluar balik lepas satu hari meronda. Dah la kedai kek agak jauh.Kakak aku pun cakap la " esok kita beli, hari ni kedai tutup la keemi". Anak moden ni bukan nak dengar cakap " mama masyakla keemi tolong mama ye..mama masyakla" sambil tarik-tarik tangan kakak aku suruh pegi dapur. Nak harap aku, harapan tinggal harapan je lah (lagi aku buat-buat tidur adala)hahaha.
Kakak aku ni chef so segala bende nak buat kek ke, piza ke, roti canai ke,memang ada je stok, standby kot-kot emergency macamni agaknya.Disebabkan anak die nak jugak kek kecik tu, kakak aku pun tak sampai hati tak buat. Berdentung dentang jugakla dua beranak tu kat dapur. Aku pun tengokla apa yang bising kat dapur tu, sekali anak die nak buat kek.Tak bagi kakak aku guna machine tu. Layan jugak tengok dorang kat dapur ni.
Tengah syok-syok layan diorang, tiba-tiba dengar suara mak aku. " Ha macam ni lah nenek suka esok kalau kawen senang bini kat rumah,jangan jadi macam makcik kamu ni ha, dari dulu sampai sekarang tak reti masak,suruh masak je hilang,suruh masak je nak pegi kedai la, nak basuh kain la ,ada je alasan ". Aduyai..kena sedas. Kalau cerita bab masak je mesti aku selalu kena attack ( dah biasa kena dah lali..hehehe).Bukan tak reti la mak..kurang pandai je. Azam aku mulai saat ini, nak kene cari laki keje chef ni.Senang skit nanti..
Satu video proses membuat kek kecik tu bersama our little chef.
http://www.facebook.com/#!/video/video.php?v=1809641963154
Inilah orang yang nangis nak makan kecik tu (ingatkan ape rupanya muffin)
Inilah orang yang nangis nak makan kecik tu (ingatkan ape rupanya muffin)
Si kenit yang sebok nak masak.
****If people take the trouble to cook, I should take the trouble to eat****
Wednesday, January 11, 2012
Fikiran compang camping : Hopeless
Am i running away from something that i don't want? Or running away from something i'm afraid to want?I don't know what I want rite now. I don't even know what I want in my life. All i know is the only thing standing between me and total happiness is reality.In reality, I'm slowly losing my mind. So,I'm just thinking about how much I don't want my life to be like this.
***Regrets are a waste of time***
Insaf : Doa duduk antara dua sujud.
DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD...
Pernah hayati?
Atau baca terlalu laju sampai tak sempat nak fahami maksudnya
✔ Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
✔ Warhamnii (Sayangi aku)
✔ Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
✔ Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
✔ Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
✔ Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
✔ Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
✔ Wa’fuannii (Maafkan aku)
Doa yang bermakna bagi seorang yang bertauhid.
Rugi lah bagi orang-orang yang tidak bersembahyang

Semasa : K-pop!!!
Annyeong-haseyo!!!!! ( ni versi korea....versi melayunya <<< anne ko nak sayur??? sebut dengan mendayu ye...hehehehe).
Yang ni paling aku tak tahan cube korang tengok M-pop -mamat depan sekali kanan sekali (pakai baju putih jeans biru) aiyoooo!!!! cute sangat la tuh....Hahahha..aku rase nak tunjal laju-laju je kepala die. Adeh rasa urat geli aku dah nak putus ni.Hahahaha
Bangga jadi anak Malaysia.
Malaysia Boleh!!!
Malaysia kan boleh, so tak payah la nak ikut diorang ni (sebab tak semua orang boleh nampak cantik dalam style diorang ni). Be yourself sudey.
Dulu taklah aku suka sangat dengar lagu si k-pop ni.Tapi sejak dua tiga menjak asyik kena tag dengan kakak aku kat fb boleh layan jugak la.Tapi yang tak tahannya ciri-ciri k-pop yang lelaki, muke semua jambu-jambu, pastu baju diorang ni fashion yang macam baju perempuan pun ada, bukan tu je, make up diorang ni pun tak menahan jugak. Yang perempuan aku tak tahu la macam mana, sebab tak pernah buka web tengok diorang nyanyi kecuali group si wondergirl.
Hebat jugak penangan si k-pop ni sampai jadi fenomena la. Tapi kalau tengok-tengok balik lagu diorang, dalam satu album tu ada satu dua lagu je yang sedapnya.Mungkin pakej muka diorang yang agak-agak cute dengan tarian ala-ala excercise yang aku buat lepas bangun tidur tu kot, yang menjadikan diorang ni fenomena. Lagi satu, most of the korean people ni memang kretip. Mungkin video clip diorang yang agak boleh tahan jugak yang membuat kan diorang femes kot, (ini menurut firasat aku je lah,orang lain tak tahu la..setiap orang ada opinion sendiri).
Korea dengan k-pop memang sinonim lah. Tapi kalau Malaysia nak buat M-pop aku tibe-tibe jadi speechless...Nak tahu kenapa ??? Kita tengok kat bawah ni ye....
M-Pop Vs K-pop...Serius aku nak gelak tergolek type mende ni....
Kalau si K-pop ni muka jambu madu, M-Pop ni jambu batu kot.
[ M-pop yang kacak..hehehe sampai aku nak muntah hijau tengok korang ni vs k-pop yang cute]
Serius !!!!!M-pop yang menggelabah vs K-pop yang cool
[ M-pop yang kacak..hehehe sampai aku nak muntah hijau tengok korang ni vs k-pop yang cute]
Serius !!!!!M-pop yang menggelabah vs K-pop yang cool
Agak-agak boleh tak M-Pop ni menawan gadis-gadia Malaysia..Hahahaha..Aduh..
Yang ni paling aku tak tahan cube korang tengok M-pop -mamat depan sekali kanan sekali (pakai baju putih jeans biru) aiyoooo!!!! cute sangat la tuh....Hahahha..aku rase nak tunjal laju-laju je kepala die. Adeh rasa urat geli aku dah nak putus ni.Hahahaha
Bangga jadi anak Malaysia.
Malaysia Boleh!!!
Malaysia kan boleh, so tak payah la nak ikut diorang ni (sebab tak semua orang boleh nampak cantik dalam style diorang ni). Be yourself sudey.
Tak payah nak copy..copy orang..
*** Be original-You were born an original. Don't die a copy***
Tuesday, January 10, 2012
Feveret : Ballon d'or award.
Aku suka panggil ballon d'amor bukan d'or sebab sedap sikit bunyi dia.Hahahaha.Seperti biasa mesti la Messi pemain feveret aku yang menang.Don't u ever messy up with Messi..hhahahah. Tak seperti tahun-tahun sebelumnya malam tadi malam paling kacak la buat Messi.Masa 2009 rambut panjang sket , baju pun cam selekeh je, 2010 rambut pendek baju ok la. 2011 kacak sikit dengan rambut lagi pendek paling aku tahan suit color purple lagi kot, siap nak share award ngan Xavi lagi, kalau aku jadi si Xavi ni terharu la jugak..Hahaha.Harap-harap Messi boleh menang lagi award ni tahun-tahun akan datang. Paling best pasal award ni most of the players yang menang adalah from Barcelona FC.Jom tengok sikit gambar-gambar Messi bersama awardnyaa...
Semasa : Adam Adli..adam Adli..sape dia ni..
2 minggu ni femes betul nama Adam Adli.Ingatkan Muslim Millionaire ke nak jugak aku bangga.Rupa-rupanya student je.Tak abis belaja pun lagi.Belajar kat UPSI konon nak jadi pendidik.Kalau diri sendiri pun dah tak boleh nak didik tak payah la nak jadi pendidik . Memalukan sungguh.Yelah orang yang tak belajar je yang buat-buat keje macam ni. Kalau dia betul mahasiswa yang terpelajar,dia takkan pijak gambar pemerintah,menurunkan bendera semua tu.Orang tak waras je yang akan buat mende-mende macam ni.Kalau betul x suka pun banyak lagi channel lain yang boleh dibuat.
Tak payah nak memberontak ikut sangat nafsu. Yang jadi pengikut dia pun boleh dikategorikan bodoh jugak(maaf yer kasar sikit) dia ni belajar pun tak habis lagi, maknanya ilmu didada pun tak la hebat sangat (ada jugak orang yang ikut mamat yang cerdik tak seberapa ni heran betul aku). Sebab orang yang ada degree ke ,master ke, tak kisah la bidang apa pun still nak belajar nak tambah ilmu lagi. Setakat mamat yang ilmu seciput ni, sebuk nak buat mende-mende tak berfaedah ni memang bangang lah. Esok-esok kalau dia masuk longkang pengikut-pengikut dia pun ikutlah sekali (seronok sikit terjun longkang ramai-ramai kan). Kalau ilmu pun tak ada, apa yang dia cuba buat ni.Kita tengok orang berdasarkan ketinggian ilmu dia, lepastu perangai dia.Kalau dah macam si mamat Adam ni, dah lah ilmu pun tak mantap mana,ntah-ntah belajar pun cukup-cukup makan je, mana nak datangnya ilmu politik. Kalau ilmu agama mantap, ilmu yang lain pun akan ikut sekali( ilmu politik ke,ilmu kedoktoran ke,ilmu perguruan ke,) itulah konsep ilmu. Boleh la jugak nak diikut. Ini setakat,ilmu nak huru-harakan orang dan negara je yang dia ada, baik tak payah.
Kalau aku jadi caunselor UPSI ni dah lama aku buang dia.Tak boleh nak jadikan contoh sebagai pendidik langsung. Marah-marah (nafsu) pemimpin ntah-ntah belajar pun pakai duit kerajaan, ntah-ntah jugak emak bapak keje kerajaan. Kita ni jadi hamba Allah di muka bumi ni kenalah bersyukur dengan apa yang Tuhan dah bagi. Jalankan je tanggungjawab sebagai anak, student dan jugak warganegara dengan baik InsyaAllah masuk syurga. Tak payah la nak tunjuk kuasa kau yang tak sehebat mana tu ingat lah Tuhan tu Maha Berkuasa, elok-elok Tuhan bagi kau mulut untuk bercakap mende-mende elok, zikir ke, doa yang baik-baik untuk orang lain ke, faedah la jugak.Esok-esok kalau dia tarik balik nikmat tu jadikan kau bisu duduk senyap je la kat umah ( barulah tau kuasa yang kau ada tu, tak berguna langsung). Yang nak kejar sangat mende-mende ni buat apa. Satu, dah malukan tempat kau belajar ( kena gantung study....Apa yang kau dapat???). Kedua-aku malu ada warga yang macam ni dekat Malaysia ( Inilah hasilnya ..buat orang rasa menyampah).Cukup-cukupla Anwar dah buat onar. Tak payah lah nak jadi junior dia pulak. Cubalah hidup bertamadun sikit.
Kalau orang camni yang jadi pemimpin memang huru hara lah negara. Mana tak huru-hara kalau tindakan ikut kata hati, bukan dari akal yang waras. Sebab hati adalah raja anggota badan. Akal adalah bendahara kepada hati. Nafsu pula pengacau yang boleh memburukkan akal dan hati. Ringkasnya, hati menentukan tindakan, akal memandu hati untuk bertindak membuat kerja dengan 'betul-betul'. Nafsu (suka marah+memberontak) pula perosak kepada 'perancangan' hati dan akal!
Fikir-fikirkanlah...
***Marilah jaga hati kita supaya sentiasa bersih****
Monday, January 9, 2012
Feveret : Membaca bersama junk food.
Layan jugak baca buku ni.Banyak info yang boleh kita tau.
Cover buku ni,muka Dr M ni sama macam arwah atuk aku.
Apalah ertinya membaca tanpa junk food. Bukan junk sangatlah.
Biskut tiger dengan roti chocolate cik gardenia tu berkhasiat jugak
Karbohidrat tu.
Karbohidrat tu.
Auntie Anne ni memang
feveret pretzel aku la.
Tapi sejak dua tiga menjak ni rasa dia kurang menarik.
Beli je mesti akan hangit-hangit sikit.
Macam ni la orang bisnes.
Bila ramai orang suke je, jarang rasa makanan tu nak sedap macam biasa.
Masak ala kadar je.
Sunday, January 8, 2012
Masa Lampau : Cow....moooo!!!!!!!!
Korang mesti pernah kena tanya dengan soalan ni bukan.
"What is your favourite pet?"
Aku tak suka soalan ni.
Salah satu sebabnya memang takde minatang yang aku suka pun.
Lantaklah orang nak cakap aku ni macam mana pun.
Lagi satu masa aku belajar kat aku punya U dulu tu ada satu lecturer perempuan ni tanya kat aku dan kawan-kawan kelas soalan tu bebunyi""What is your favourite pet?" masa tu jenuh aku fikir minatang apa aku nak ambik.
Kucing ,aku tak suka,ikan pun tak jugak, last-last minatang ni je yang terbayang kat otak aku.
Korang tengoklah gambar ni.Agak cute bukan???

Ni la yang terlayar kat kepala aku masa tu.
Sekali, lecturer aku terkejut da.
Dia tanya aku kenapa pilih lembu.
Senang je aku jawab ,sebab lembu ni tame.Hahahaha.
Macam bangang je aku rasa mase tu.
Malu weh semua orang gelak kat aku.
Yelah takde pun orang ambik lembu ni jadi pet kot.
Sejak dari hari tu aku dah pangkah soalan tu.
Sejak dari hari tu aku dah pangkah soalan tu.
Tapi lepas aku ada next person tu jawab eagle.
Kenapa eagle..sebab dia kacak.
Kenapa eagle..sebab dia kacak.
Lagi hampeh kot.
Sekarang ni kalau ada orang tanya aku soalan tu lagi.
Senang je aku jawab : Don't have one. im not a pet person.
Kalau dok tanya-tanya lagi : memang ko ni tak paham bahase ke ape!!
**Kalau ko baca blog aku ni.Aku nak tanya tang mana si eagle ni nampak kacak**
Feveret : [Burger!!!!!]
I hate myself when i was hungry.
Rasa macam angrybird yang color merah tu pulak.
Tadi tengok-tengok gambar dekat website ni, tiba-tiba aku terjumpa gambar burger .
Macam selalunya bila dahaga aku minum, bila ngantuk tidur bila tengok burger ni terus jadi lapar...aku nak makan... mana bole jumpe burger yang besau camni?
Fikiran compang camping : Kusut!!!
Kusut je fikiran aku sekarang tak menyusut sikit pun kekusutan ni. Orang kata ,you're born, you die, and in between you make a lot of kusut masai things sampai this kusut masai that happened in our life seems to be the worst ever.
Feel like.Stop the world I wanna get off!!!!!
Kusut masai ni maksud dia macam-macam bukan setakat strong emotion aje, its regret, frustration, isolation, a choice, and sometimes even a form of protection. So,untuk megurangkan diri jadi lebih kusut u can just choose the right music and live your life. Life is like music and music is what life sounds like.Muzik jugak boleh dikatakan the medicine of mind (untuk orang yang suke dengar lagu macam aku ni lah) sesetengah orang tu,dengar lagu pun dah serabut rase nak pelangkung orang je.Untuk orang yang macam ni carilah kesukaan masing-masing ye untuk mengurangkan kekusutan anda.
***Mode : Tengah kusut sambil menulis sambil dengar lagu******

Fikiran compang camping : Kawan!Rakan!Sahabat! Friends N friendship..
Tetibe nak menulis pasal mende ni.
Boleh dikatakan semua orang dekat dalam dunia ni hidup berkawan-kawan.
Tapi dalam berpuluh-puluh,ratus-ratus dan ribu-ribu kawan yang kita ada tak semuanya "kawan" yang betul-betul kawan. Sebab ada banyak jenis kawan..antaranya
Hanya seorang kawan yang boleh menilai kawan yang lain.Aku pun tak faham kenapa tiba-tiba nak menulis pasal mende ni.Mungkin lagi meningkat ke arah dewasa lagi banyak perangai kawan yang kita boleh jumpa. Yelah dulu masa kecik-kecik kawan je dengan semua orang.Tak pernah pulak terfikir yang orang benci ke,suka ke kawan dengan kita.Aci kawan je.
Melangkah masuk ke alam dewasa banyak pulak masalah antara kawan dengan kawan dan yang sekawan dengannya. Banyak sebab mungkin aku boleh bagi contoh kot.
Sebagai 1 contoh..
Jsut c tihs msg.evrey splleing of tihs msg is wrnog.
Btu sitll yuo can raed it wihtuot ayn mitsake =)
If you have a true relationship between your friends
Ignore mistakes of others and understand them easily.(nak ignore mistake orang memang susah la nak buat apatah lagi nak buat-buat faham.)
Tapi every people make a mistake termasuklah kita jugak .Kita selalu tengok kesalahan orang je tapi kadang-kadang kita pun salah jugak sebab everyone of us is not a perfect person and every mistake that we do is a lesson learned.Cuba maafkan kawan-kawan kita sebab adakalanya dia pun mungkin tak perasan apa yang dia buat itu adalah salah.What goes around comes around sebab kalau satu hari kita berada di tempat dia mungkin dia akan memafkan kita jugak kot (mesti ada positive thinking buat baik di balas baik).Tapi kalau dia memang betul-betul bersalah pun maafkan aje sebab dia tak reti nak menghargai orang lain anggap je otak dia tak berapa function tak macam otak kita yang genius ni (dalam erti kata lain buat apa nak tiru orang yang tak cerdik kan kalau kita ikut dia maknanya kita pun sama tak cerdik@bodoh macam dia senang cerita).
Tapi kebiasaanya orang susah sikit nak maafkan golongan yang kawan makan kawan ni.Yelah dahla tembak kita bertubi-tubi ,mestilah bengang.Senang cerita, maafkan aje dia, takut kita pun dalam tak sedar ada buat salah dengan dia jugak nanti kalau tiba-tiba Tuhan ambil nyawa tak sempat nak mintak maaf.Dia punya hal antara dia dengan Tuhan.Lagi satu bila dah terkena dengan orang yang macam ni anggap je benda ni ada hikmah, maknanya kita dah boleh kenal dengan orang-orang yang spesis suka menembak dan menikam tak tentu hala ni.So,sebelum terkena untuk kali ke-2 dah boleh lari jauh-jauh.
So untuk kawan-kawan ,rakan-rakan dan sahabat-sahabat aku di mana sahaja anda berada tak kisah lah anda dalam kawan kategori manapun aku amat menghargai kamu semua.
*** REMEMBER: WHATEVER HAPPENS, HAPPENS FOR A REASON***
Things don't happen for no reason, they happen to teach you something.

- Kawan yang tak berapa nak sekawan (ni jenis lalang la ni tolak sana pegi sana tolak sini pegi sini boleh jugak dipanggil talam bermuka-muka la)
- Kawan baik sangat lepas tu jadi lawan yang best sangat (yang ni biasanya suka tikam dan tembak kawan dari belakang sebab susah sikit nak cam muka dia...kalau tikam/tembak depan-depan kantoi la pulak).
- Kawan baik ( yang type ni waktu senang dia ada..susah pun ada.Tapi kalau waktu susah dia ada untuk dengar cerita dan adakalanya akan tolong tapi ikut mood dia.Okeyla at least boleh kurangkan problem yang ada.)
- Kawan yang sejati ( susah senang sama-sama walaupun dia susah tapi still nak tolong jugak.Kawan yang macam ni susah sikit nak dicari.)
Hanya seorang kawan yang boleh menilai kawan yang lain.Aku pun tak faham kenapa tiba-tiba nak menulis pasal mende ni.Mungkin lagi meningkat ke arah dewasa lagi banyak perangai kawan yang kita boleh jumpa. Yelah dulu masa kecik-kecik kawan je dengan semua orang.Tak pernah pulak terfikir yang orang benci ke,suka ke kawan dengan kita.Aci kawan je.
Melangkah masuk ke alam dewasa banyak pulak masalah antara kawan dengan kawan dan yang sekawan dengannya. Banyak sebab mungkin aku boleh bagi contoh kot.
Sebagai 1 contoh..
Jsut c tihs msg.evrey splleing of tihs msg is wrnog.
Btu sitll yuo can raed it wihtuot ayn mitsake =)
If you have a true relationship between your friends
Ignore mistakes of others and understand them easily.(nak ignore mistake orang memang susah la nak buat apatah lagi nak buat-buat faham.)
Tapi every people make a mistake termasuklah kita jugak .Kita selalu tengok kesalahan orang je tapi kadang-kadang kita pun salah jugak sebab everyone of us is not a perfect person and every mistake that we do is a lesson learned.Cuba maafkan kawan-kawan kita sebab adakalanya dia pun mungkin tak perasan apa yang dia buat itu adalah salah.What goes around comes around sebab kalau satu hari kita berada di tempat dia mungkin dia akan memafkan kita jugak kot (mesti ada positive thinking buat baik di balas baik).Tapi kalau dia memang betul-betul bersalah pun maafkan aje sebab dia tak reti nak menghargai orang lain anggap je otak dia tak berapa function tak macam otak kita yang genius ni (dalam erti kata lain buat apa nak tiru orang yang tak cerdik kan kalau kita ikut dia maknanya kita pun sama tak cerdik@bodoh macam dia senang cerita).
Tapi kebiasaanya orang susah sikit nak maafkan golongan yang kawan makan kawan ni.Yelah dahla tembak kita bertubi-tubi ,mestilah bengang.Senang cerita, maafkan aje dia, takut kita pun dalam tak sedar ada buat salah dengan dia jugak nanti kalau tiba-tiba Tuhan ambil nyawa tak sempat nak mintak maaf.Dia punya hal antara dia dengan Tuhan.Lagi satu bila dah terkena dengan orang yang macam ni anggap je benda ni ada hikmah, maknanya kita dah boleh kenal dengan orang-orang yang spesis suka menembak dan menikam tak tentu hala ni.So,sebelum terkena untuk kali ke-2 dah boleh lari jauh-jauh.
So untuk kawan-kawan ,rakan-rakan dan sahabat-sahabat aku di mana sahaja anda berada tak kisah lah anda dalam kawan kategori manapun aku amat menghargai kamu semua.
*** REMEMBER: WHATEVER HAPPENS, HAPPENS FOR A REASON***
Things don't happen for no reason, they happen to teach you something.
Saturday, January 7, 2012
Cerita bapa : Disebalik nama kita..
Sembang letop di kampung lagi...jam 1pagi..
Aku dah terbaring nak tidor..abang aku ajak jom lepak dapur aku masak air dah..kakak dah goreng kepok lepak-lepak sembang...mak ngan bapak pun ade tu..jom..aku pon on la..siap ajak
2 orang adik aku tu ha..
Dekat meja makan kat dapur 9 beradik kitorang semua ada.Ipar duai semua dah terbuai di alam mimpi.Aku panggil bapak aku bapak la...
Sambil minum air teh o yang abang aku buat(boleh tahan sedap la) aku tanya pak aku..
Pak orang sekarang ni kan selalu bagi nama anak diorang campur ada nama orang putih kadang-kadang letak nama orang putih terus..sedap jugak..tapi.boleh ke?
Bapak aku macam biasa tak pernah nak bagi jawapan straight..
Terus cakap Sabda Nabi yang telah diriwayatkan : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Qiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu”.
Then masuklah cerita pasal nama mengikut Islam. Baru aku tahu yang masa akhirat nanti nama yang akan dipanggil dulu untuk dihisab ialah nama yang ade kaitan dengan nama Allah dan nama berkaitan Rasulullah dan para Nabi.
Ayahanda aku kata,kalau ada anak nanti jangan semberono je bagi nama.Contoh bagi nama anak makna pemarah tak pun makna lembu. Esok-esok kalau anak tu perangai tak semenggah jangan nak marah-marah.Marah kat diri sendiri sebab bagi nama tak senonoh dekat anak.Kadang-kadang makna nama tu buatkan dia jadi tak bermoral.Nama-nama anak jangan buat main.Kalau bagi nama yang tak elok seumur hidup la kita tanggung buruknya.Tu satu..yang lain nya kesian masa nak dihisab nanti bukan sorang atau dua orang yang dihisab nanti berjuta-juta orang dan kalau nama kita bukan nama saranan islam bayangkan kita orang yang ke 100 juta akan dihisab nak tunggu berapa ratus tahun..Takke lama tu? Dengan matahari atas kepala..Sedangkan sekarang ni pun kalau pegi bank kita beratur sekejap pun dah marah-marah tak sabar, itu yang tak sampai satu hari...cuba lah bayangkan kalau giliran kita beratus-ratus tahun.
Moral of the story x payah la nak letak nama anak glamour-glamour tapi takde makna ataupun makna tak bagus.Lagi satu banyak je nama yang sedap-sedap dalam islam ni.Makna pun cantik-cantik tak payah nak pening-pening 2-3 bulan fikir nak letak nama anak macam actor ataupun actress hollywood tu.
Kalau susah-susah sangat nak cari nama buat aja sembahyang hajat..Allah itu sentiasa ada untuk kita.

Insaf : Ya Allah..ku mohon limpahan rezekiMu
Bismillaahhirrahmaannirrohiim..
Ya Allah andainya rezekiku berada di langit, turunkanlah dia untukku,dan andainya rezqiku berada di bumi, keluarkanlah untukku,sekiranya rezekiku berada dilautan, naikkanlah akan dia untukku, dan andainya rezekiku jauh, dekatkanlah akan dia untukku, dan andainya rezekiku sedikit, mohonlah kiranya diperbanyak dan andainya rezekiku banyak mudahkanlah bagiku serta beri kekuatanlah bagiku(dalam membelanjakannya)dan kurniailah aku rezeki yan tidak terduga dari mana datangnya, rezeki yang halal yang baik, mengalir terus yang berkat dan tidak ada orang yang meninggihi dan merasa iri kepadaku seraya jadikanlah aku pemurah memberi dan jangan membakhil memberi kepada orang-orang, sesungguhnya Engkau (Ya Allah) atas sesuatunya Maha Kuasa, demi rahmatMu ya Tuhan yang Maha pemurah, dan Maha Pengasih, semoga kesejahteraan dan keselamatan kiranya Allah mengurniai atas junjungan kami Muhammad S.A.W dan atas keluarganya dan sahabatnya semua.Doa mereka ( di syurga) "Maha Suci Allah dan kehormatan mereka keselamatan dan akhir doa mereka" segala puja dan puji bagi Allah Tuhan serwa sekalian alam.Aamiin.

Cerita emak : Disebalik doa-doa kita..kongsi rasa..
Takde istilah tahun baru 1-1-2012 ni.Sebab aku dah awal-awal lagi sambut awal muharam.
Satu je azam baru aku tahun ni..semoga ade sinar kejayaan buat aku untuk tahun ini serta untuk tahun-tahun mendatang.Kejayaan yang disertai keberkatan oleh Allah Maha Esa.Juga kudoakan kalian sahabat-sahabatku yang sering bersama ketika aku jatuh tergolek juga ketika aku senang semoga Tuhan merahmati hidup kalian.Ya Allah jauhilah aku..kedua ibu-bapaku...adik-beradikku...seluruh keluargaku..sahabat-sahabatku..juga generasi akan datang dari segala hasad dengki,fitnah dan juga segala maksiat yang boleh merosakkan aqidah..sesungguhnya aku hanyalah insan zalim dan hina yang tidak berdaya dan hanya kepadaMu lah tempat aku memohon pertolongan dan perlindungan.Amin.
*Doakanlah sahabat-sahabat kita dengan doa yang baik..persekitaran yang baik menjadikan kita seorang insan yang baik..sahabat mencerminkan siapa diri kita*
Cerita bonda...kepada kakak -kakak aku dan abang-abang aku yang dah berkawen..aku dan 2 adik lagi sebagai pendengar(memang begitulah kebiasaannya).
Korang esok-esok kalau berdoa jangan doakan untuk anak-anak je doakan jugak untuk ibubapa,adik beradik ,keluarga ,kawan-kawan dengan jiran-jiran jugak generasi akan datang sekali.Mintak dekat Allah..makmurkanlah jiran-jiranku..abang aku no-3 tanya...kenapa nak mintak makmurkan jiran.?kakak aku dengan soalan konfidennya...generasi akan datang apa kena-mengena mak?
Jawapan bonda untuk soalan-soalan berikut (jiran-jiran)
Sebab kita ni hidup dalam masyarakat,jangan pentingkan diri sendiri.Kalau sekarang ni mungkin kita takde masalah tapi anak-anak kita .Kita tak tahu apa akan jadi masa depan nanti.Anak-anak kita ni berkawan dengan anak-nak jiran tak kisah lah jiran depan ke, belakang ke, sebelah rumahke..Ke anak kamu tak berkawan dengan orang....sempat lagi bonda aku ni buat selingan..senyap abang aku .Sekurang-kurangnya kalau kita doakan yang baik-baik untuk jiran kita.At least hidup aman damai..anak-anak kita pun boleh la terhindar dari berkawan dengan orang yang bukan-bukan. Aku mencelah aku memang lembap sikit bab fikir-memikir ni..."tak faham la mak " macam ni...kalau semua orang @jiran mendoakan yang baik-baik sesama jiran @orang lain...mungkin satu masa anak kita tersasar jadi jahat....at least dengan doa-doa orang yang lain tadi dia boleh berubah jadi baik.Macam tu jugak kalau kamu doakan yang baik-baik untuk orang lain contohnya anak jiran kamu tu jahat.Tapi hari-hari kamu dengan jiran-jiran yang lain tadi berdoa yang baik-baik..tak mustahil die jadi baik satu hari nanti (pastu doa ni xtak payah nak riak-riak cakap dekat orang, cukup kita dengan Tuhan, sebab Dia Maha mendengar).Yang penting tersasar macam manapun dia sekurang-kurangnya balik ke pangkal jalan tu yang penting.Sebab doa yang baik-baik ni cepat atau lambat pasti Tuhan makbulkan..cuma perlu yakin dengan kekuasaan Dia.
Jawapan bonda untuk soalan yamg telah diajukan (generasi akan datang)
Ye..sekarang ni kamu dengan dunia kamu je long(panggilan kakak sulong ku).semua gelak..
Sekali emak sound tak payah nak gelak-gelak..kamu pun bukan paham sangat dengan apa yang mak cakap tadi tu..heheheh..
Macam ni..sekarang ni kamu ada anak.Esok-esok anak kamu kawen dapat cucu pulak .Esok-esok cucu kawen dapat cicit pulak.Takke itu generasi akan datang? Kalau kamu semua ni doakan untuk anak-anak je..Habis kat situ je lah..
Kakak aku sorang lagi mencelah pulak..mak... kan setiap mak bapak tu pasti akan doakan anak-anak die dengan doa yang baik.Kalau kita tak buat pun takpe kan?
Memang takpe..cuba kamu bayangkan emak ni dah ada cucu sekarang.Emak sentiasa doakan cucu-cucu mak ni berjaya dunia akhirat.Doa kita ni memang tak nampak sekarang ni.Tapi setiap doa yang kita kirimkan tu cepat atau lambat mesti sampai.Kamu bayangkan kalau mak mati nanti at least ada cucu yang mendoakan nenek dengan atuk dia dekat sana nanti.Kamu bayangkan dapat doa dari anak-anak,cucu-cucu,cicit-cicit.Doa-doa ni macam kalau dekat dunia ni..orang kaya makan sedap-sedap dekat hotel 5 bintang orang miskin mengemis mintak makanan.Dekat kubur tu nanti kalau banyak doa yang dikirim banyak lah cahaya yg menerangi kita..Kalau takde sape yang kirim doa..Kesian la gelap je kubur dia.Kamu semua ni nak jadi pengemis ke nak makan kat hotel yang bintang-bintang tu? Soalan membunuh dari bonda..hahaha..Mesti la nak makan kat hotel btoi x?
End of our kuliah malam sampai pagi di kampong.

"biasanya ayahanda yang cakap kali ni bonda pulak ambil position".
Tak pernah terfikir sampai tahap macam itu pun lagi.Betapa ramainya orang yang pentingkan diri sendiri macam aku ni.Fikir-fikir balik takde salah pun doakan orang-orang lain..
Tak pernah terfikir sampai tahap macam itu pun lagi.Betapa ramainya orang yang pentingkan diri sendiri macam aku ni.Fikir-fikir balik takde salah pun doakan orang-orang lain..
^^^^^^My parent is the best teacher ever.Love u mak and bapakku^^^^^^
Sekadar perkongsian bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)