PENUKANG CERITA KARUT

My photo
Ulu Klang
A simple person with simple life..love beach and outdoor.. watermelon is my favorite fruit. Exercise is easy. Changing my eating is hard. I love, love, love to eat. My fitness goal is to run a 15K in 1 hour..tapi lari 10km pun da penat rase nak tercabut kaki ...

Tuesday, October 4, 2011

Matikan dirimu sebelum kamu dimatikan...

Hari sabtu hari tu ayahanda dan bonda telah bertandang ke KL ni untuk melawat sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu mata. Seperti biasa mereka check in di rumah Along.Aku pun dengan laju memutar stereng menuju ke rumah along untuk bertemu mereka.Sampai sahaja semua orang sedang menjamu dinner...aku ambil bubur kacang jer...desert terus sebab dah malam...hahhahaha kunun-kunun diet...dietlah sangat banyak santan kot dalam bubur tu..ah lantaklah....Antara kitorang semua ni, adalah seorang abang aku ni yang kuat makan..di mana semua orang da stop makan die dok mencekik lagi...lalu dengan tiba-tibanya ayahanda bersuara "matikan lah dirimu sebelum kamu dimatikan".....tergamam sebentar kitorang yang tengah lepak kat meja makan...yerla menunggu abang aku yang sorang ni abis makan..kesian pulak makan sorang-sorang. Dalam sungguh maksud kata-kata itu...tetapi x dinafikan kami satu family memang suka sembang-sembang kencang ni..event kalau balik kampung tu duduk kat meja makan sembang-sembang sampai pukul 4-5 pagi....So berbalik kepada tajuk arini...rupa-rupanya ayahanda tersayang nak memberi renungan kepada kami tentang pentingnya mendalami ilmu agama..sebab bila kita tengok tv..newspaper semua banyak gila bencana alam yang berlaku...salah satunya adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri..iaitu x pernah bersyukur dengan apa yang telah diberi oleh Allah....sentiasa sibuk dengan urusan duniawi..sehingga lupa yang sepatutnya dikejar adalah untuk membuktikan kekuasaan bukan membuktikan kekuasaan kita sendiri.Lupa pada janji kita bahawasanya kelahiran kita di dunia ini adalah untuk membuktikan bahawa Allah itu wujud..Bahawa Allah itu berkuasa terhadap semua hamba-hambanya..bukan kita yang menguasai dunia ini tetapi Tuhan yang maha Esa. So matikanlah diri kamu sebelum kamu dimatikan disini bermaksud ...hancurkanlah istana iblis yang berada di dalam hati kita.. dengan menghapuskan nafsu yang telah berkawan dengan syaitan...salah satu caranya makan jangan sampai x boleh beribadah...bukan itu sahaja jadikanlah nafsu sebagai musuh kerana jikalauu nafsu yang sentiasa bertindak ..syaitan sentiasa jadi penggalaknya...so renung-renungkanlah dan selamat beramal..

**sebenarnya banyak lagi nak share tapi cukupla sampai sini dulu x larat nak type..

2 comments: