PENUKANG CERITA KARUT

My photo
Ulu Klang
A simple person with simple life..love beach and outdoor.. watermelon is my favorite fruit. Exercise is easy. Changing my eating is hard. I love, love, love to eat. My fitness goal is to run a 15K in 1 hour..tapi lari 10km pun da penat rase nak tercabut kaki ...

Tuesday, August 27, 2013

Oku

Bosan Kalau Slalu begini
Terdampar semacam orang kurang upaya
Tidak berdaya
Tidak bertenaga
Wahai perut janganlah kau macam ni

Saket hati

Wahai hati
Tolonglah kuat
Jangan pernah bagi aku sakit
Jangan pernah engkau bikin aku cemburu
Bila seramai mana orang datang menguji
Sepantas mana kamu ditikam bertubi tubi
Tolonglah kuat
Tolonglah kuat
Demi aku..kerna aku..

Monday, August 26, 2013

Gila

Mungkin aku gila..
Gila bersama kamu
Mungkin kamu bahagia
Bahagia bersama aku.
Mungkin kita tercipta
Untuk saling mencari
Mencari  siapa engkau Dan aku
Di sebalik bayang engkau Dan aku
Ada dia
Dia yang tersembunyi

Lumrah

Lumrah manusia cepat merasa bosan
Lumrah manusia mengejar kesenangan
Lumrah manusia benci kegagalan
Lumrah manusia cemburu mengetahui masa depan
Lumrah manusia lumrah aku
Lumrah seorang yang Bernama aku
Seorang aku yang Lelah
Lelah hidup tak keruan
Lelah hidup dengan dugaan
Mungkin kerana lupa
Lupa kepadamu tuhan.

Menyendiri

Lama menyendiri...bergaduh dengan diri sendiri...
Terasa aku lupa diri..
Maafkan aku ....sesat dalam Dunia aku cipta kan sendiri
Maafkan aku mengejar duniawi..
Maafkan aku Wahai empunya bumi
Maafkan aku Wahai  tuhan yang mencipta seluruh Dunia ini...
Tolong sedarkan aku Dari alpa Dan Lena lagi
Tolong bangkitkan aku Dari Terus tidur sampai pagi
Jauh kan aku Dari bangga diri
Sesungguhnya Hanya Padamu ilahi
Tempat aku memohon untuk tidak dahaga setiap hari
Terima masih atas Rahmatmu hingga Kini
Mohon agar engkau Terus membagi
Bersama keberkatanmu aku mencari
Mencari mencari mencari semoga ku dapat menemui..